eHibah

Deklarasi Hibah Atas Talian.

Cepat. Mudah. Mampu Milik.

Nota: eHibah mempraktikan Hibah Bersyarat Secara Ruqba. 

Pengenalan
Hibah ialah bahasa mudahnya ialah pemberian (hadiah), yang dibuat semasa hidup, diberikan sebagai tanda kasih sayang.

eHibah memudahkan proses pengurusan harta pusaka. Rancang dan sediakan Pengisytiharan Hibah dengan mudah dan pantas di mana-mana sahaja.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai”. Hadis riwayat al-Bukhari

Yuran Berpatutan untuk Golongan B40

Kini semua golongan berpendapatan rendah mampu mengisytiharkan harta mereka dengan yuran penyediaan dan perlaksanaan dokumen yang berpatutan.

Panel Guaman Berdaftar untuk Kemudahan Anda

Panel Guaman yang bertauliah akan bertindak sebagai wasi (pentadbir harta) bagi memastikan harta yang dihibah diterima oleh penerima.

Penyediaan Dokumen Lebih Mudah Atas Talian

Permohonan dapat dilakukan di mana sahaja selagi pengguna memiliki peranti mudah alih yang mempunyai capaian ke internet.

Misi Kami
A) Mempermudahkan masyarakat menyediakan dokumen hibah melalui medium yang cepat dan telus.
eHibah adalah jalinan kerjasama penyelidikan dan pembangunan antara Overview Sdn. Bhd, Shahrin Nasir & Associates dan Twistcode Technologies Sdn. Bhd.; dan dikaji bersama tenaga pakar dari Universiti Utara Malaysia sebagai penasihat kehormat.

B) Mendidik masyarakat akan kepentingan hibah dalam pengurusan harta.
Berdasarkan kajian sejak tahun 2006, kegagalan penyediaan dokumen hibah adalah kerana kurangnya pengetahuan mengenai proses penyediaan dokumentasi, ketidakmampuan untuk menyediakan dokumen yang tepat dan harta yang ditinggalkan adalah kecil.
Dalam keadaan pandemik COVID-19, kajian sepanjang tahun 2020 menunjukkan masyarakat awam telah mula mengadaptasi penggunaan transaksi di atas talian secara maksimum. Masyarakat mahukan dan lebih memilih untuk berinteraksi di atas talian, maka penyediaan dokumen hibah secara atas talian juga adalah salah satu cara bagi mempermudahkan penyediaan dokumen tersebut tanpa mendedahkan mereka kepada risiko COVID-19.

C) Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk berhibah.
Kami yakin bahawa penyediaan dokumen hibah secara atas talian @ eHibah berpotensi untuk mempermudahkan masyarakat ramai menyediakan dokumen Hibah dan mengurus aset/hartanah mereka dengan lebih teratur.
KETERANGAN HIBAH

KETERANGAN HIBAH

Konsep, Keterangan dan Justifikasi oleh Mohd. Shahrin Mohd. Nasir

Baca Lagi  
SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Soalan-soalan lazim yang sering ditanya.

Baca Lagi  
GOLONGAN KRITIKAL

GOLONGAN KRITIKAL

Senarai golongan kritikal yang memerlukan perancangan Hibah.

Baca Lagi  
PENETAPAN YURAN

PENETAPAN YURAN

Yuran Penyediaan Dokumen Pengisytiharan Hibah.

Baca Lagi  
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perlindungan Data Peribadi Anda.

Baca Lagi  

Tetuan Shahrin Nasir & Associates

eHibah Panel Pantai Timur

No. 5A, First Floor, Jalan Kijang, Taman Mohd Yassin, 86200 Simpang Renggam, Johor.

Baca Lagi  

Tetuan Roni & Co.

eHibah Panel Pantai Barat

C-13A-08, ZetaPark, Kompleks Danau Kota, Jln Tmn Ibu Kota 53100 Gombak, WP Kuala Lumpur.

Baca Lagi  

Tetuan Zahara & Associates

eHibah Panel Negeri Sarawak

Lot 14231, 1st Floor, Lorong Metro Heights 1A7, Metrocity Matang Commercial Centre, 93050 Kuching, Sarawak.

Tetuan MN Maduarin & Associates

eHibah Panel Negeri Sabah

1st Floor, Wisma INTIUTAMA, Jalan Dewan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

PM Dr. Alias Azhar

Penasihat Hibah

Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Baca Lagi  

Overview SB

Perunding

Kompleks Kraf Langkawi Jalan Teluk Yu, 07000 Langkawi, Kedah.

Baca Lagi  

Twistcode Technologies SB

Penyedia Platform

15-4, Galleria@Cyberjaya, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Baca Lagi